Program White Label

Perkhidmatan White Label Dukascopy Bank SA adalah penyelesaian yang kos efektif dan cekap bagi bank-bank dan institusi kewangan yang dikawal selia yang ingin menawarkan perkhidmatan dagangan elektronik FX kepada pelanggan mereka. Ia menyediakan rakan kongsi dengan akses yang mudah kepada perniagaan margin tinggi. White Label Dukascopy ini menyediakan tempat perdagangan margin untuk pasangan matawang G10 termasuk tempat perdagangan emas.

Penyelesaian kami adalah salah satu yang paling menguntungkan dalam industri, kerana ia tidak melibatkan yuran pelaksanaan atau penyelenggaraan dan mengurangkan kos operasi untuk Rakan Kongsi. Tambahan pula, perkhidmatan White Label membolehkan bank atau institusi kewangan untuk mengendalikan akaun-akaun pelanggan melalui persekitaran Back Office mesra pengguna yang tunggal.

Penyelesaian White Label kami membolehkan Rakan Kongsi untuk menawarkan pelbagai sistem perdagangan (JForex, Web, Java, API, SWFX Trader for iOS & Android OS) sebagai penyelesaian perdagangan bersepadu dan menyeluruh yang memenuhi semua keperluan dagangan pelanggan.

Perkhidmatan ini adalah sepenuhnya disesuaikan, berskala dan boleh disesuaikan oleh Dukascopy Bank SA mengikut keperluan Rakan Kongsi untuk memenuhi apa-apa kemungkinan perdagangan dan/ atau keperluan kawal selia.

Dukascopy Bank SA menawarkan sokongan penuh sepanjang fasa pelaksanaan dan selepas pelaksanaan untuk memastikan bahawa Rakan Kongsi menguruskan perniagaan FX yang berjaya dan yang berkualiti tinggi.

Gabungan teknologi Swiss eksklusif kami dan Keselamatan Perbankan Swiss memberikan kelebihan daya saing kepada rakan-rakan White Label kami. Sistem Perdagangan kami mempunyai kesemua ciri-ciri untuk menjadi pilihan yang sempurna kepada broker atau bank untuk memenuhi keperluan pelanggan dan untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan FX yang pesat membangun.

Gambaran Keseluruhan Program

Program ECN White Label Dukascopy Bank membolehkan Bank-bank, Firma Pembrokeran dan institusi kepada integrasi yang ringkas untuk dagangan FX atas talian sebagai tambahan kepada produk atas talian lain.

Semua pelaksanaan berlaku di SWFX - Swiss Forex Marketplace, salah satu agregator kecairan terbesar di dunia. Rakan Kongsi White Label kami meraih pendapatan tetap daripada perdagangan setiap pelanggan.

Program White Label kami tidak mempunyai kos pelaksanaan langsung dan didatangkan dengan bantuan penuh serta sokongan berterusan. Rakan Kongsi White Label kami tidak mempunyai perbelanjaan penyelenggaraan secara langsung terhadap apa-apa aspek teknologi kami.

Gambaran Keseluruhan Program White Label Dukascopy Bank SA: Macromedia Flash Presentation atau Adobe Acrobat Publication

Satu penyelesaian yang kukuh untuk Bank, Broker dan Institusi

Model perniagaan kami menyediakan persekitaran perdagangan yang telus, yang membolehkan risiko pasaran dan konflik kepentingan pelanggan/bank diterhadkan. Model perniagaan kami menyediakan hak-hak pelanggan dan peluang yang sama rata, menawarkan semua peserta pelaksanaan, suapan data dan hak harga yang sama.

Pendekatan ini fokus dan menjurus ke arah membina hubungan jangka panjang antara Dukascopy Bank dan rakan kongsi.

Faedah dan perkhidmatan yang berkaitan
  • Model perkongsian pendapatan yang kompetitif
  • Anda tidak menanggung sebarang risiko pasaran
  • Perdagangan yang adil dan telus
  • Suapan data tunggal bagi setiap pelanggan-pelanggan anda
  • Tiada manipulasi harga dan pelaksanaan
  • Pelaksanaan kependaman rendah
  • Spread yang rendah
  • Tiada kos pelaksanaan secara terus
  • Dilaksanakan dalam masa yang singkat
  • Back-office yang boleh disesuaikan
  • Kemudahan bekerjasama - Pengurus Aset
Back-Office
  • Fungsi pemantauan dan masa sebenar
  • Laporan
  • Kerahsiaan data pelanggan
  • Akses lengkap kepada alat pengurusan
  • Operasi kredit / Debit
  • Pilihan penciptaan akaun penuh
  • Pengurusan akaun cagaran
  • Penciptaan peta komisyen
  • Pengurusan Intoducing Agent, Pengurus Luaran dan profil pelanggan
Implementation
 
  FASA 1   Jadual Pelaksanaan  
             
Week 1
 Latihan Pekerja  
Rakan Kongsi
Minggu 2
 Menetapkan Back Office
 Rakan Kongsi
Week 3
  Pengakhiran dan Pelancaran
 
 
  FASA 2   Jadual Operasi  
             
Suku Pertama
  Pelaksanaan & 
   Operasi WL Bermula  
Suku Kedua
     Kemaskini Perkhidmatan &    
  Penilaian Pertama*
Suku Keempat
       Kemaskini Perkhidmatan       
    & Penilaian Kedua*

* Kemas kini perkhidmatan dan penilaian dijalankan dengan rakan-rakan kami dari semasa ke semasa
Sertai Peneraju

Dukascopy Bank telah membangunkan satu penyelesaian White Label - ECN yang luar biasa. Penyelesaian yang disesuaikan sepenuhnya ini sesuai untuk bank-bank dan syarikat broker yang terkenal.

Mana-mana institusi yang mematuhi peraturan boleh memulakan proses itu dengan memohon untuk penilaian oleh Dukascopy Bank untuk mula mendapat manfaat teknologi yang unik.

To learn more about Dukascopy Bank CFD / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
For further information regarding potential cooperation,
please call us or make callback request.
To learn more about Dukascopy Bank Binary Options / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
To learn more about Dukascopy Bank CFD / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
To learn more about Crypto Trading / CFD / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
To learn more about Business Introducer and other trading related information,
please call us or make callback request.
For further information regarding potential cooperation,
please call us or make callback request.