Pengurusan Dana Dukascopy - LP PAM

TAWARAN KAMI

Dukascopy Bank menawarkan peluang unik untuk memperoleh pulangan yang menarik dengan bertindak sebagai pembekal kecairan di pasaran SWFX dalam mod automatik sepenuhnya.

Apa yang anda perlu lakukan ialah membuka akaun dengan sekurang-kurangnya pelaburan 1000 USD, dan memberikan mandat pengurusan kepada Dukascopy Bank. Bermula dari saat ini, Dukascopy Bank mengendalikan keseluruhan proses dan memberikan anda maklumat terkini mengenai evolusi dana yang dilaburkan melalui laporan atas talian.

Pengiraan statistik yang dilakukan untuk pelaburan ini memberikan pulangan tahunan kira-kira 11.15% dan anggaran Nisbah Sharpe 1.11.

PRESTASI LP PAMM SEJAK PENUBUHANNYA

BAGAIMANA IA BERFUNGSI?

Berdasarkan teknologinya sendiri, Dukascopy akan secara automatik memadankan perdagangan jualan pelabur dengan perdagangan belian pelanggan lain, pada harga Ask yang sama, dan akan memadankan perdagangan belian mereka dengan perdagangan jualan pelanggan lain, pada harga Bid yang sama.

Hasilnya, pelabur bertindak sebagai penyedia kecairan yang serupa dengan peserta pasaran institusi di SWFX. Dengan perkhidmatan ini, Dukascopy Bank memberikan anda peluang untuk mendapatkan bahagian pendapatan mereka.

Oleh kerana frekuensi perdagangan yang tinggi dalam rangkaian, penyedia kecairan berupaya memperoleh separuh daripada spread pada jumlah dagangan mereka.

APA RISIKO-RISIKO SAYA?

Dengan bertindak sebagai penyedia kecairan, pelanggan di bawah pengurusan Dukascopy Bank mendapat pendedahan pasaran, dan dengan itu dana mereka tertakluk kepada turun naik yang disebabkan oleh ketidaktentuan pasaran. Kesan sampingan ini adalah kebiasaan bagi aktiviti perdagangan pembekal kecairan tradisional. Inilah sebabnya mengapa pelanggan yang mengamanahkan pengurusan dana mereka kepada Dukascopy Bank harus menerima kebarangkalian yang tinggi dan harus mempunyai pelaburan yang tidak kurang daripada 1 tahun. Jika mana-mana pelanggan menyimpan pelaburan selama 1 tahun, kebarangkalian anggaran pulangan negatif adalah 13% (sila lihat pengiraan terperinci di bawah).

Walaubagaimanapun, untuk mengehadkan kerugian, pelanggan yang berada di bawah pengurusan boleh menetapkan tahap hentian pada akaun mereka yang secara automatik akan menutup semua posisi dan menghentikan perdagangan pada akaun mereka sekiranya baki akaun menyentuh (setara atau di bawah) tahap hentian pada akhir hari dagangan pada waktu penyelesaian.

DASAR PAMPASAN KOMISYEN

Didedikasikan untuk membuat pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan Dukascopy Bank, pihak Bank boleh memulangkan komisyen yang dikenakan bagi perkhidmatan perdagangan yang disediakan. Bagi pelanggan untuk layak mendapat pampasan komisyen, syarat-syarat berikut mesti dipenuhi. Pertama, pelanggan harus mengekalkan pelaburan tanpa pengeluaran untuk tempoh 260 hari perdagangan aktif. Kedua, pelanggan harus mendapatkan prestasi negatif keseluruhan daripada 260 hari perdagangan aktif. Sekiranya syarat-syarat tersebut dipenuhi, Dukascopy Bank akan mengembalikan komisyen yang dikenakan pada tempoh tersebut; sehingga, tetapi tidak melebihi jumlah kerugian yang ditanggung.

Pelanggan mempunyai hak untuk menggantung dagangan mereka untuk menilai semula hasil dagangan mereka dan risiko pelaburan. Hari yang ditangguhkan tidak dikira sebagai hari dagangan aktif. Sebarang pengeluaran akan memulakan semula dagangan hari aktif daripada 0.

DASAR HENTIAN DAN GANGGUAN

Pelanggan diberi akses kepada butang atas talian yang membolehkannya menyahaktifkan perkhidmatan (menghentikan dagangan dan menutup posisi) pada waktu penyelesaian berikutnya.

Disamping itu, pelanggan disediakan alat pengurusan risiko (fungsi hentian) yang membolehkannya untuk mengarahkan sistem untuk menghentikan dagangan secara automatik dan menutup semua posisi pada akaunnya sekiranya baki akaun pada akhir hari dagangan (waktu penyelesaian) menjadi setara atau lebih rendah daripada tahap hentian yang ditetapkan. Dukascopy Bank mengesyorkan untuk mempertimbangkan sebanyak 15% jangkaan turun naik apabila pelanggan menetapkan tahap hentian mereka (lihat jadual penilaian risiko di bawah).

APA PULANGAN YANG BOLEH SAYA JANGKAKAN? APA KATA STATISTIK?

Angka di bawah menunjukkan hasil 10'000 iterasi simulasi Monte Carlo berdasarkan data pasaran lampau diantara 2015 dan 2018. Bacaan angka-angka tersebut perlulah dengan berhati-hati kerana ujian simulasi/ke belakang adalah berdasarkan anggapan dan mengandungi ketidakpastian.

Tambahan lagi, prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau janji untuk keputusan masa depan. Dukascopy Bank tidak bertanggungjawab sekiranya keputusan sebenar menyimpang daripada nilai indikatif yang diberikan.

Hasil Simulasi

Nilai parameter prestasi yang dijangkakan:

Parameter Nilai
Purata pulangan tahunan* +11.15%
Penyimpangan biasa pulangan tahunan 9.99%
Purata Nisbah Sharpe** 1.11
  • *Berdasarkan 260 hari dagangan dalam setahun.
  • **Berbanding penanda aras kosong-pulangan bebas-risiko.

Penilaian parameter risiko:

Parameter Nilai
Kemungkinan pulangan tahunan negatif* 13.00%
Kemungkinan mencapai hentian dalam setahun*:
-15% Paras 1.38%
-20% Paras 0.27%
-25% Paras 0.02%
  • *Berdasarkan 260 hari dagangan dalam setahun.

Data lampau

Simulasi kami telah dijalankan berdasarkan data pasaran lampau antara 2 Januari 2015 dan 7 Jun 2018, dengan kadar komisyen sebanyak USD 20 bagi setiap 1 juta USD.

YURAN DAN KOMISYEN

Untuk perkhidmatan ini, Dukascopy Bank tidak mengenakan Yuran Pengurusan dan tiada Yuran Prestasi. Hanya komisyen dan overnights dikenakan untuk pelaksanaan perdagangan automatik pada akaun pelanggan.

Kadar Komisyen Asas semasa ialah 5 USD bagi setiap 1 juta USD jumlah dagangan. Komisyen Asas digunakan untuk dagangan pasangan matawang.

Kadar komisyen untuk logam berharga dan CFD pada komoditi, bon, matawang kripto dan indeks adalah 1,5 kali lebih tinggi daripada kadar Komisyen Asas (30 USD bagi setiap 1 juta USD jumlah dagangan).

Dukascopy Bank berhak mengubah jumlah Komisyen Asas antara 0 USD dan 25 USD bagi setiap 1 juta USD jumlah dagangan pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya. Ini termasuklah sebahagian kadar komisyen untuk logam berharga dan CFD pada komoditi, indeks.

Log sejarah Kadar Komisyen yang digunakan setiap 1 juta jumlah dagangan
Sejak Komisyen Asas
11/06/2018 USD 25
28/06/2018 USD 20
10/04/2019 USD 5

Komisyen dagangan untuk saham tunggal CFD ditakrifkan disini. Komisyen minimum tidak akan digunakan untuk akaun LP PAMM. Komisyen dagangan pada saham tunggal tidak terjejas dengan perubahan Komisyen Asas dan boleh diubah oleh Dukascopy Bank pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya dengan pengumuman disini.

Overnights dikenakan secara automatik pada akaun klien mengikut Dasar Bermalam Advance.

SYARAT-SYARAT LAIN

  • Pelaburan minima — USD 1000

    deposit ke akaun dibawah nama anda.

  • Pelaburan maksima

    Dukascopy Bank berhak untuk mengehadkan atau mengurangkan jumlah pelaburan anda pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya.

  • Kemasukan dan keluar daripada LP PAMM

    Pada setiap hari, pada waktu penyelesaian.

  • Semua angka dibundarkan kepada sen terdekat

To learn more about Dukascopy Bank CFD / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
For further information regarding potential cooperation,
please call us or make callback request.
To learn more about Dukascopy Bank Binary Options / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
To learn more about Dukascopy Bank CFD / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
To learn more about Crypto Trading / CFD / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
To learn more about Business Introducer and other trading related information,
please call us or make callback request.
For further information regarding potential cooperation,
please call us or make callback request.