Perdagangan Automatik

Platform JForex disyorkan kepada pedagang-pedagang yang berminat dalam perdagangan manual dan automatik dan/atau membina dan menguji strategi perdagangan berdasarkan bahasa pengaturcaraan JAVA. Fungsi utama dan antara muka platform adalah sama dengan platform Java. Disamping itu, antara muka cross-platform yang siap terbina untuk pelaksanaan strategi boleh ubah suai dan kod pengaturcaraan disediakan. Perkakas analisa teknikal bersepadu juga membolehkan untuk mengikuti posisi secara terus daripada carta.

Mengapa Pedagang Memilih JForex

Terdapat banyak penyelesaian perdagangan automatik yang berbeza yang terdapat di pasaran. Tetapi sedikit atau tidak ada yang dapat menyediakan seberapa banyak fungsi seperti JForex. Berikut adalah beberapa ciri-ciri utama platform JForex ini berbanding penyelesaian yang lain seperti Meta Trader, Trade Station, dan lain-lain.

  • Sokongan sistem operasi yang berbeza!
    Anda boleh menjalankan strategi automatik menggunakan mana-mana sistem operasi (Windows, Linux, Mac, dan lain-lain)
  • Visual Strategi Automatik!
    JForex menyediakan anda dengan kemungkinan untuk menggambarkan pelaksanaan strategi ini bukan sahaja dalam perdagangan masa nyata tetapi juga untuk ujian semula sejarah.
  • Strategi automatik berdasarkan pelbagai pasangan matawang!
    Pedagang boleh membina strategi mereka berdasarkan pelbagai pasangan matawang. Anda juga boleh menjalankan ujian semula sejarah untuk pelbagai pasangan dipilih dalam satu strategi perdagangan.
  • Ujian semula sejarah mengikut data tick sebenar!
    Berbeza dengan penyedia penyelesaian FX automatik yang lain dalam menguji keputusan biasanya tidak begitu tepat kerana penggunaan interpolasi data dan bukannya data tick sebenar, JForex menyelesaikan masalah ini dengan menawarkan data tick sebenar untuk ujian semula sejarah.
  • Sehingga 180 penunjuk dagangan!
    Terdapat sehingga 180 penunjuk dagangan diperkenalkan ke dalam JForex, semua boleh didapati dengan strategi FX automatik.
  • Sokongan Java IDEs (Integrated Development Environment)!
    Pedagang-pedagang profesional JForex boleh mengambil kesempatan penuh daripada Java IDE (Integrated Development Environment) berbeza yang tersedia untuk pelaksanaan strategi JForex.
  • Pilihan penuh kedalaman pasaran!
    Kedalaman pasaran JForex merangkumi harga dan kecairan yang diambil daripada pelbagai pembekal kecairan yang berbeza. Sementara mereka membina strategi mereka, pedagang-pedagang boleh menggunakan kedalaman pasaran sebagai sumber tambahan yang menyediakan maklumat mengenai pasaran semasa.
  • Meletakkan BIDs and OFFERs ke dalam pasaran!
    Pilihan khas ini membolehkan pedagang-pedagang untuk bertindak sebagai penyedia kecairan dengan meletakkan bidaan individu dan menawarkan secara terus kepada pasaran. Apabila Bids/Offers diletakkan, ianya akan disuai padankan oleh pengguna kecairan yang lain, sekali gus mengelakkan kos spread anda.

Bermula

  1. Buka Akaun Demo untuk membina dan menguji
  2. Bina strategi anda berpandukan kepada Dokumentasi Java
  3. Uji strategi anda dengan Penguji Sejarah

Getting Live Trading

  1. Buka akaun Live
  2. Mulakan strategi anda

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai JForex dan maklumat yang berkaitan perdagangan yang lain, sila tulis kepada kami: Send us a message,hubungi kami: +60 (3) 2712 32 62 atau secara alternatif meminta panggilan semula

To learn more about Dukascopy Bank CFD / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
For further information regarding potential cooperation,
please call us or make callback request.
To learn more about Dukascopy Bank Binary Options / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
To learn more about Dukascopy Bank CFD / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
To learn more about Crypto Trading / CFD / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
To learn more about Business Introducer and other trading related information,
please call us or make callback request.
For further information regarding potential cooperation,
please call us or make callback request.