Bonus Ulang Tahun

Meraikan ulang tahunnya yang ke-11 Dukascopy menawarkan pelanggan peluang hebat mendapatkan 100% Bonus ekuiti akaun. Pelanggan boleh memohon untuk Bonus di dalam tempoh 30 hari sejak kredit terakhir mereka di akaun. Langganan Bonus melibatkan syarat ke atas jumlah dagangan yang perlu dicapai dalam masa 1 tahun selepas Bonus dikreditkan dalam akaun pelanggan. Sebarang pengeluaran dari akaun sebelum jumlah dagangan yang diperlukan dicapai akan membatalkan Bonus. Sila baca Terma dan Syarat Bonus Ulang Tahun di bawah.

Bonus Ulang Tahun juga boleh didapati untuk Akaun Pilihan Binari.

Bagaimana untuk mendapatkan Bonus

Pelanggan boleh memohon untuk Bonus di dalam tempoh 30 hari sejak mereka membuat kredit pada akaun mereka, memandangkan jumlah kesemua dana masuk / keluar untuk 30 hari terakhir adalah positif. Pemindahan masuk (Deposit) haruslah operasi terakhir pada akaun, iaitu tidak ada pemindahan keluar (Pengeluaran) selepas Deposit.
Permohonan Bonus boleh dilakukan melalui platform dagangan, Portfolio menu – My Account report.

Jumlah bonus akan ditambah kepada ekuiti akaun selepas permohonan dan akan menjadi tersedia untuk perdagangan sebagai margin tambahan.

Jumlah Bonus

Jumlah bonus adalah 100% daripada ekuiti semasa akaun pelanggan pada masa apabila pelanggan memohon untuk mendapatkan Bonus.
Jumlah Bonus awal boleh ditambah kemudian jika terdapat pemindahan masuk yang baru (Deposit).
Jumlah Bonus tambahan adalah sehingga 100% daripada semua perpindahan masuk baru di dalam tempoh 30 hari yang lalu. Jumlah tepat Bonus tambahan dikira dengan formula.

Sebelum memohon jumlah Bonus yang tepat akan dipaparkan di dalam borang permohonan.
Jumlah Bonus aktif pada satu akaun dagangan tidak boleh melebihi bersamaan 10'000 USD.

Keperluan Bonus

Jumlah dagangan yang diperlukan adalah sama dengan 50'000 didarab dengan jumlah ekuiti akaun (termasuk jumlah Bonus) pada masa permohonan Bonus dikemukakan. Jumlah dagangan diperlukan hendaklah dicapai sebelum tarikh akhir - 1 tahun sejak penerimaan Bonus.
Sekiranya pelanggan telah memohon Bonus tambahan jumlah dagangan yang diperlukan akan diselaraskan. Tambahan jumlah dagangan diperlukan dikira oleh formula.

 

Sebelum memohon untuk Bonus, jumlah dagangan yang diperlukan akan dipaparkan dalam borang permohonan.

Had Bonus

Sebelum jumlah dagangan yang diperlukan dicapai Bonus tidak boleh digunakan untuk menampung kerugian yang disebabkan oleh perdagangan. Selepas Bonus diterima tahap stop loss minimum akaun akan ditetapkan ke tahap dimana jumlah semua Bonus Ekuiti aktif yang diperolehi ditambah dengan jumlah ekuiti minimum yang dinyatakan di halaman Keperluan Margin. Jika pelanggan telah menetapkan tahap stop loss ia akan hanya diselaraskan jika parasya adalah lebih rendah daripada jumlah kesemua Bonus diperolehi.
Bonus tidak boleh dikeluarkan sehingga keperluan Bonus dipenuhi.

Bonus menjadi bebas tanpa had setelah jumlah dagangan yang diperlukan dicapai.

Pembatalan Bonus

Sebelum jumlah dagangan yang diperlukan dicapai Bonus akan dibatalkan secara automatik dalam salah satu keadaan berikut::

  • Apa-apa pemindahan keluar akan membatalkan Bonus;
  • Jumlah dagangan yang diperlukan tidak dicapai dalam masa 1 tahun tarikh akhir;
  • Pelanggan membatalkan Bonus dalam laporan.

Tahap Stop Loss yang ditetapkan oleh sistem pada masa permohonan Bonus akan dibatalkan.
Walaubagaimanapun Tahap Stop Loss yang ditetapkan oleh pelanggan akan kekal aktif atau menjadi aktif pada masa bonus tamat/dibatalkan.
Jika pelanggan menetapkan Tahap Stop Loss yang lebih rendah daripada apa yang telah ditetapkan oleh sistem, ia masih belum aktif sehingga program Bonus tamat/dibatalkan.
Jika pelanggan menetapkan Tahap Stop Loss yang lebih tinggi daripada apa yang telah ditetapkan oleh sistem, ia akan tetap aktif kedua-duanya ketika bonus adalah aktif dan ketika program bonus tamat/dibatalkan.
Pelanggan dinasihatkan untuk mempertimbangkan bahawa pembatalan bonus menyebabkan jumlah Bonus dikeluarkan secara automatik daripada akaun dagangan dan boleh menyebabkan penggunaan leveraj yang lebih tinggi atau mungkin mencetuskan Tahap Stop Loss atau potongan margin perdagangan. Oleh itu sebarang keperluan perubahan kepada pendedahan/Tahap Stop Loss perlu dilakukan sebelum tamat tempoh/pembatalan program Bonus mereka.

Syarat Lain

Sekiranya pelanggan telah dikreditkan dengan hadiah peraduan dengan syarat perolehan, pelanggan tidak boleh memohon Bonus Ekuiti sehingga syarat-syarat yang berkaitan dengan hadiahnya dicapai.

Akaun dagangan diri yang berada di bawah Business Introducer Program atau Perkhidmatan Swiss Custodian Banking boleh ditolak daripada memohon Bonus.
Dukascopy berhak untuk menukar Terma dan Syarat Ekuiti Bonus, menolak atau membatalkan Bonus mengikut budi bicara sendiri.

Secara umum, Bonus boleh dianggap sebagai diskaun kepada komisyen perdagangan.

Additional Bonus Amount  

 = (Deposit x 100%) x  Traded Volume
deadline
Additional Bonus
application date

365 days

Contoh:

Initial Bonus was obtained 01 March 2014
Required Traded Volume deadline 01 March 2015
Additional Deposit 10’000 USD was made 10 May 2014
Trader applied for the additional Bonus 13 May 2014

Additional Bonus Amount 

 =  (10'000 x 100%) x (01 March 2015 − 13 May 2014)  = 8000 USD

365 days

Additional Required
Traded Volume  

 = ((Additional Deposit + Bonus) x 50'000) x  Required Traded
Volume deadline
Additional Bonus
application date

365 days

Contoh:

Initial Bonus was obtained 01 March 2014
Required Traded Volume deadline 01 March 2015
Additional Deposit 10’000 USD was made 01 December 2014
Trader applied for the additional Bonus 18 December 2014

Additional Required
Traded Volume 

 =  ((3’000 + 3’000 x 100%) x 50'000) x (01 Mar 2015 − 18 Dec 2014)  = 60M USD

365 days

 

 

To learn more about Dukascopy Bank CFD / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
For further information regarding potential cooperation,
please call us or make callback request.
To learn more about Dukascopy Bank Binary Options / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
To learn more about Dukascopy Bank CFD / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
To learn more about Crypto Trading / CFD / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
To learn more about Business Introducer and other trading related information,
please call us or make callback request.
For further information regarding potential cooperation,
please call us or make callback request.