Pelbagai Pasaran

Dukascopy menawarkan CFDs pada Bitcoin dan Ether.

Instrumen Penerangan Saiz kontrak minima Langkah Dagangan Min Nilai Pip
BTC/USD Bitcoin 0.2 0.1 1.00 USD
ETH/USD Ether 1 0.1 1.00 USD

Nilai pip adalah nombor pertama sebelum koma dalam sebutan harga:
BTC/USD 11309.3; 11409.8

Waktu dagangan

CFD pada Matawang Kripto didagangkan 24 jam tanpa gangguan, dari Ahad, 21:00 GMT semasa Musim Panas (22:00 GMT semasa Musim Sejuk) sehingga Jumaat, 20:00 GMT pada waktu Musim Panas/Musim Sejuk.

Amaran: Dukascopy tidak menyediakan sebut harga Matawang Kripto pada hujung minggu. Untuk mengelakkan jurang hujung minggu semua posisi Matawang Kripto pelanggan ditutup setiap hari Jumaat pada 20:00 GMT Musim Sejuk/Musim Panas.

Perhatian: Dagangan CFD pada Matawang Kripto yang ditawarkan oleh Dukascopy tidak boleh dilakukan dari hari Jumaat, 20:00 GMT pada waktu musim panas/musim sejuk hingga Ahad, 21:00 GMT pada waktu musim panas (22:00 GMT semasa musim sejuk). Pesanan yang belum selesai, dagangan potongan margin dan pesanan lain tidak akan diambil, tiada pelaksanaan dilakukan pada masa yang disebutkan di atas.

Penafian

Harga CFD Dukascopy Bank pada Matawang Kripto adalah unik dan berdasarkan keupayaannya untuk melindung nilai posisi Dukascopy dengan rakan niaga luar. Setiap pelanggan dapat memberi kesan pada harga dan kecairan dengan meletakkan BID dan OFFER mereka sendiri. Dukascopy Bank adalah rakan niaga bagi setiap transaksi dan boleh melindunginya dengan pelanggan lain atau dengan rakan niaga luar perdagangan.

Harga CFD Dukascopy Bank tidak semestinya sama dengan harga alat lindung nilai yang digunakan oleh Dukascopy Bank, jika ada. Harga CFD Dukascopy Bank pada Matawang Kripto adalah tidak secara sah atau dari segi ekonomi merupakan derivatif dari instrumen lindung nilai. Harga CFD di Dukascopy Bank bukan penyebaran harga dari bursa dimana instrumen lindung nilai / pendasar yang didagangkan dan tidak dianggap sebagai maklumat dari bursa tertentu.

Harga CFD Dukascopy Bank pada Matawang Kripto tidak boleh dianggap sebagai maklumat harga tepat yang diperolehi langsung dari bursa dan/atau pemilik tanda dagangan instrumen lindung nilai.

AMARAN: Oleh kerana keupayaan terhad untuk melindung nilai kedudukannya dengan rakan niaga luar Dukascopy tidak menjamin pelaksanaan perdagangan pada waktu dagangan secara tetap. Dalam kes dimana pelanggan sanggup menutup pendedahan, beliau dikehendaki menghubungi khidmat sokongan.

To learn more about Dukascopy Bank CFD / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
For further information regarding potential cooperation,
please call us or make callback request.
To learn more about Dukascopy Bank Binary Options / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
To learn more about Dukascopy Bank CFD / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
To learn more about Crypto Trading / CFD / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
To learn more about Business Introducer and other trading related information,
please call us or make callback request.
For further information regarding potential cooperation,
please call us or make callback request.