Program Diskaun Komisyen Volume Dagangan

Dukascopy Bank menawarkan pelanggan-pelanggan perdagangan persendirian kemungkinan untuk mendapat diskaun 20% ke atas komisyen dagangan ("Diskaun"). Pelanggan boleh memohon Diskaun dalam masa 30 hari sejak kredit terakhir di akaun mereka. Langganan kepada program Diskaun melibatkan syarat ke atas jumlah dagangan yang akan dicapai dalam masa 1 tahun selepas hari langganan program Diskaun. Sebarang pengeluaran dibuat oleh pelanggan di akaun beliau sebelum jumlah dagangan yang diperlukan dicapai akan membatalkan penyertaan beliau dalam program Diskaun. Sila baca Terma dan Syarat Program Diskaun di bawah.

Bagaimana untuk memohon Diskaun

Pelanggan boleh memohon 20% Diskaun dalam masa 30 hari sejak mereka membuat kredit pada akaun mereka. Pemindahan masuk (Deposit) haruslah operasi terakhir pada akaun, iaitu tidak ada pemindahan keluar (Pengeluaran) selepas Deposit. Permohonan Diskaun boleh dikemukakan daripada platform dagangan, menu Portfolio - Laporan Akaun Saya.

Diskaun ini hanya terpakai kepada komisyen jumlah dagangan dibayar oleh Pelanggan selepas beliau berjaya melanggan kepada program ini. Diskaun terakru dikira dan dipaparkan dalam laporan atas talian. Diskaun ini tidak mengubah jumlah komisyen dagangan dikenakan oleh Dukascopy Bank. Diskaun ini adalah bayaran balik komisyen dalam akaun pelanggan selepas semua syarat yang ditetapkan dalam Terma dan Syarat dipenuhi.

Keperluan perolehan

Diskaun terakru akan dikreditkan ke dalam akaun selepas jumlah dagangan yang diperlukan dicapai. Jumlah dagangan diperlukan adalah sama dengan 30'000 didarab dengan ekuiti akaun yang pada masa permohonan Diskaun itu dikemukakan. Jumlah dagangan tersebut hendaklah dicapai sebelum tarikh akhir - 1 tahun sejak hari permohonan.

Pembatalan Diskaun

Penyertaan dalam program dan apa-apa Diskaun terakru dibatalkan secara automatik sebelum jumlah dagangan yang diperlukan dicapai dalam salah satu keadaan berikut:

  • Pelanggan membuat apa-apa pemindahan keluar dari akaun beliau;
  • Keperluan perolehan tidak tercapai dalam tempoh tarikh akhir 1 tahun;
  • Pelanggan menamatkan Program Diskaun di dalam laporan atas talian beliau

Selepas pembatalan program Diskaun, apa-apa Diskaun terakru dan jumlah dagangan yang berkaitan akan hilang dan tidak dapat dikembalikan.

Syarat-syarat lain

Sekiranya pelanggan telah dikreditkan hadiah peraduan dengan syarat perolehan, beliau boleh tidak boleh memohon Program Diskaun sehingga syarat-syarat perolehan yang berkaitan dengan hadiah beliau telah dicapai. Akaun dagangan diri yang berada di dalam hubungan Business Introducer Program atau Perkhidmatan Swiss Custodian Banking boleh ditolak untuk memohon Diskaun. Dukascopy berhak untuk mengubah Terma dan Syarat Program Diskaun, menolak atau membatalkan Diskaun mengikut budi bicara sendiri (sebagai contoh, strategi berasaskan arbitraj boleh mencetuskan pembatalan Diskaun). Program Diskaun dan program Bonus tidak boleh digunakan serentak.
Sebelum memohon untuk Program Diskaun ini, anda hendaklah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat di atas.

 

To learn more about Dukascopy Bank CFD / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
For further information regarding potential cooperation,
please call us or make callback request.
To learn more about Dukascopy Bank Binary Options / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
To learn more about Dukascopy Bank CFD / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
To learn more about Crypto Trading / CFD / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
To learn more about Business Introducer and other trading related information,
please call us or make callback request.
For further information regarding potential cooperation,
please call us or make callback request.